April 7, 2019

Lawatan Ke Kilang Korset

KORSET PRIMABELLA DIHASILKAN DARI "MIMPI NGERI' FOUNDER 

INI SEJARAH PENUBUHAN PRIMABELLA VENTURES YANG BELUM PERNAH DICERITAKAN.



Untuk pendahuluan, Primabella Ventures ditubuhkan sejak 2014, sebelumnya dikenali sebagai Perfect Body Series Ventures. 


Dibawah nama perniagaan tersebut, saya telah memasarkan beberapa design korset yang unik/berbeza dari pasaran tempatan. Best seller kami adalah korset berlengan Primadona selain Femmina (korset tanpa lengan), Dewi (long girdle) dan Bella (korset top berlengan).  

Ini kisahnya.. 

Pada tahun 2006, saya ditawarkan bekerja di sebuah hospital swasta terkemuka ibu negara. Pelanggannya kebanyakan golongan middle to high class termasuk golongan VVIP seperti selebriti, menteri dan Agong. 

Profesion yang saya pegang ketika itu memerlukan saya berdepan dan berinteraksi dengan mereka secara dekat. Uniform yang saya pakai samada coverall atau kot. 

Selain itu, masa bekerja yang panjang ditambah dengan kebanyakan masa kerja adalah berdiri menyebabkan saya selalu sakit di bahagian belakang terutama pinggang.

Dipendekkan cerita, hasil dari usulan kakak ipar, saya beli 1 set korset jenama terkenal dengan harga RM2000 plus. Hati berbunga2 untuk pakai sewaktu kerja. Andaian saya masa tu, tentu saya kelihatan lebih presentable, kemas dan masalah sakit belakang boleh berkurang. 

Mungkin uols bertanya, kenapa beli korset yg mahal? 

Well..pada tahun 2006, bukan ada banyak option pun utk jenama korset. Yang tu je lah yang selalu disebut sebut orang kalau buka topik pasal korset. Kalau cerita pasal korset kat mall pula, hmm..dah berkali kali beli tapi tak pernah 1 pun yang rasa selesa di badan untuk pakai seharian di tempat kerja. 

Hemat saya, kalau dah ribu harganya, tentula setiap aspek design dan keselesaan pelanggan yg terbaik. 

Alkesahnya, cuba la pakai korset tersebut untuk pertama kali semasa event dinner jabatan kami. Selepas 6 jam pakai korset tersebut, kulit saya berbekas merah, tergaru garu selepas buka sebab gatal. Lagi garu, lagi rasa gatal. Sedap sangat menggarunya sampai luka. Berbulan nak hilang parut kat perut dan paha. 

Kainnya mungkin tak sesuai dgn kulit saya, tambahan lilitan banyak lapisan korset menyebabkan kulit tak dapat bernafas elok. Mana taknya, saya rasa 3 lapis per set yang saya kena balut kat badan sebelum sarung baju dinner. 

Pundi kencing pun rasa nak pecah sebab tahan buang air lama. Susah untuk dipakai, bila nak buang air, terpaksa tahan sampai balik rumah. Fobia memikirkan nak buka pakai buka pakai korset ini dalam tandas hotel yg kecik. 

Tu pun tak putus asa lagi pakai, kali ke 2 pakai utk hari kahwin. Aduh mak, gambar atas pelamin bukan nampak lagi kurus, tapi perut nampak lagi bulat berlipat sebab tulang korset ikut sama membengkok semasa duduk. 

Bila pakai waktu kerja, okla sket. Sebab mostly semasa kerja dengan berdiri. Tapi masa yg diperuntukkan setiap pagi utk pakainya buatkan saya tak dapat nak konsisten. Terlalu leceh sebab kena minta seseorang untuk ikatkan tali di pinggang dari belakang. Dan mengambil masa terlalu lama untuk saya buka dan pakai semula sewaktu nak buang air. 

Eh apa cerita ni..patutnya bila bayar mahal, takdalah pengalaman yg sama macam beli korset murah yg lain. Ni sama je dengan jenama 10-20 kali lebih murah dari yg sudah dibayar. Sedihnya.. 

Walaupun ribu harga yg dibayar, korset tersebut akhirnya berlipat kemas dalam almari. 

Dah founder ni memang jenis gempal, susah untuk berdiet kalau dah kerjanya penat, balik malam je sempat nak makan, lepastu dah ngantuk terus nk cari bantal. Bila bekerja dengan public, korset adalah penyelamat untuk rasa lebih yakin, lebih presentable. 

Setelah berkahwin dengan suami yang bekerja dalam bidang online, saya berpeluang untuk melawat negara orang, dan dalam trip kami melancong, saya terjumpa 1 design korset yang pada pandangan saya berbeza dari yg sedia ada di pasaran Malaysia 

Dengan kajian dan carian kami berdua, saya dapat peluang berurusan dengan kilang untuk hasilkan korset mengikut spec yang yang diidamkan, Kilang sudah ada contoh, tapi untuk hasil akhir, ianya memang mendapat sentuhan buah fikir dari saya. 

Contoh, keluaran awal kilang panjang lengan korset pendek (atas siku), saya jadikan lebih panjang melepas siku untuk ratakan lemak yang selalunya berkumpul just above the elbow 

Kemudian saya luaskan lagi bukaan ke tandas, 

Kemudian saya tambahkan lagi baris cangkuk dari 3 menjadi 4, 

Kemudian saya tukar lace bagi lebih cantik dan terkini, 

Kemudian saya tambahkan saiz untuk penuhi permintaan wanita plus size, 

Kemudian saya keluarkan design tanpa lengan, 

Seterusnya design top berlengan, 

Seterusnya long girdle 

Dan paling terkini waist nipper. 

Setiap nya unik, ada perbezaan ciri dengan korset yang sedia ada di pasaran. Saya boleh buat semua tu sebab saya ada capaian direct kilang dan modal dari perniagaan lalu. 

Untuk buat design custom seperti ini, modalnya bukan sedikit kerana perlu memenuhi syarat kuantiti minima. Tambahan lagi, berniaga korset ni ada pelbagai varians seperti saiz (8 saiz), design (4 design) dan warna (2 warna). 

Kami tak jual korset yang tidak berkualiti dan murah, kami jual korset yg berkualiti dan masih murah jika diukur dengan manfaat yang sama seperti korset harga ribu riban. 

Di sini saya kongsikan beberapa gambar sekitar lawatan saya bersama suami ke kilang pembuatan korset jenama Primabella pada minggu lepas. 

Dengan capaian direct kilang, kami boleh pastikan setiap design yg kami keluarkan memenuhi kriteria sepasang korset yang selesa dipakai dari pagi ke malam. Setiap proses yang terlibat mendapat sentuhan saya bermula dari pemilihan material fabrik, pembaikan design dari yang sedia ada, perincian eksklusif supaya korset Primabella bukan sahaja selesa tapi cantik untuk anda miliki dan boleh dibanggakan. 

Bergambar bersama wakil kilang 

Proses perbincangan untuk pemilihan fabrik, design sehingga perincian kecil seperti lace, zip, cangkuk dan kualiti tourmaline sto 

Gulungan kain lycra berkualiti tinggi untuk penghasilan korset 


Proses pemotongan kain. Kalau anda perhatikan, kainnya dipotong secara pukal. Tebal kan lapisan kain warna beige tu? Kertas putih tu adalah mol (acuan), yang di print dari mesin khas kilang. 

Proses menjahit kepingan kepingan asing untuk dicantumkan mengikut bahagian ditetapkan 

Sebahagian pekerja yang terlibat dalam penghasilan korset jenama Primabella 

Bahagian QC (Quality Control). Setiap set korset di cek dari pelbagai aspek sebelum dibungkus dalam plastik rapi dan dihantar kepada pejabat Primabella 

Tag pada setiap unit korset keluaran Primabella 

Hasil akhir korset jenama Primabella dan packagingnya 


Love always 
Founder Primabella

No comments:

Post a Comment